ANDA TINGAL BERHMAMPIRAN LRT JOM KURSUS DI PUSAT KURSUS KAHWIN PLAZA WARISAN SEBELAH LRT STESEN PASAR SENI, CUMA NAIK LRT DAH BERHENTI DI STESEN PASAR SENI..TIDAK LAGI PERLU FIKIR MENGENAI SESAK, PARKING DAN MASA.
Untuk Booking Secara berkumpulan anda boleh emailkan ke kursuskahwin@ymail.com
ikut contoh format seperti dibawah :
BIl., Nama Penuh, No. IC, No. HP, Tarikh, dan Setiawangsa
1.
2.
3.
.
10.
dan emailkan ke kursuskahwin@ymail.com
kursus kahwin No.1 di Kuala Lumpur Pilihan Warga Kota, amat selesa dan nyaman, tidak lagi perlu fikir pasar parking cuma naik sahaja lrt dimana sahaja anda tinggal dan berhenti di LRT PUTRA PASAR SENI, hanya 2 minit sahaja jalan kaki dari Putra Pasar seni ke Plaza Warisan
MAKLUMAT TERKINI »
KURSUS PRA PERKAHWINAN AKAN DATANG DI NUR HIKMAH, PLAZA WARISAN - KUALA LUMPUR
Tarikh : 6-7 November 2010 Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 13-14 November 2010 Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 20-21 November 2010 Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 27-28 November 2010 Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 4-5 Disember 2010 (Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 11-12 Disember 2010(Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 18-19 Disember 2010 (Di Buka Untuk Tempahan)
Tarikh : 25-26 Disember 2010 (Di Buka Untuk Tempahan)
Pendaftaran Booking Kursus Kahwin di NUR HIKMAH, PLAZA WARISAN - KUALA LUMPUR kini di buka!! Jom Booking Sekarang Jom
Jom Booking untuk pendaftaran kursus perkahwinan NUR HIKMAH, PLAZA WARISAN - KUALA LUMPUR, Pusat Kursus Kahwin No.1 di Kuala Lumpur, Pilihan Artis, VIP dan Rakyat Malaysia. Pendaftaran kini dibuka bagi Bulan September - Disember 2010
pendaftaran kini dibuka buat bakal-bakal raja sehari yang akan melangsungkan perkahwinan mereka. Jom Booking Awal dan ambil kursus awal bagi mengelakkan kesulitan di hari mendatang
UNTUK BOOKING SMS
SMS : Plaza, NAMA PENUH / NAMA PASANGAN, TARIKH NAK KURSUS
kursus diadakan setiap sabtu dan ahad sahaja.
Contoh : Plaza, ANUAR AZLAN BAHRIN / AYU MAZRIANAH ABD WAHAB, 23-24/10/10
HANTAR KE : 012-294 3040 / 012-634 6533
Atau hubungi talian hotline kami di : 03-4260 4329 / 03-4253 3864
WAKTU KURSUS
SABTU : 2.30ptg - 6.30ptg
AHAD : 9.00 pagi - 6.00ptg
RM80 / PESERTA
-----------------------------------------------------
Senarai Semak Bakal Pengantin
6-10 Bulan
* Tentukan hari perkahwinan
* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan.
* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.
* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.
* Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.
* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis
* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan
* Pilih pengapit-pengapit anda
* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan
* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami
* Pilih baju untuk pengapit
* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun
* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai
* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan oerhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.
* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda
* Sediakan dokumen ini:
o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain.
o Kebenaran kedutaan jika warga asing
o Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
o Surat Perakuan Bujang dari majikan
4-6 Bulan
*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara
*Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan
*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori
*Siapkan bilik atau rumah pengantin
3-6 Bulan
*Hadiri kursus Pra Perkahwinan
*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri
*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan
*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid
*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu
*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh
*Pilih cincin perkahwinan
*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri
*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda
*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.
*Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh
*Tentukan aturcara majlis
*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin
*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain.
2-4 Bulan
*Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri
*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam
*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering
*Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk
*Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu
*Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu
*Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap
*Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan
7 Hari
*Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu
*Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik
*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas
*Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.
*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.
*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.
1 Hari
*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam
*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan
*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.
*Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda.
*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.
Hari Majlis
*Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan.
*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah
*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda
Selepas Majlis
*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa
*Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir
*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab
*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.
*Selamat Pengantin Baru kepada anda....
No comments:
Post a Comment